I was passing by a tiny kiosk in Temerloh Tunas Manja last night when I caught a glimpse of a writing on one of the posters on the shelf. It was written: NEVER GET TOO BUSY MAKING A LIVING... the rest was hidden behind another posters.

I am not a fan of posters of any kind. To me, we don't really need pep talk to be pasted on our wall to boost enthusiasm whatsoever when our mind can do just that job. Anyway, curiosity got the better of me and involuntarily my legs headed to the shelf while my hand pulled the poster up.

... THAT YOU FORGET TO MAKE A LIFE.
Sounded cliche but somehow it struck deep in my heart.

There was quite an odd, funny feeling running through inside of me. Self pity, maybe?
Anyway, the remaining silent minutes towards my car were filled by sort of a reflection. I reflected back what I have gone through in these 10 years being a civil servant. Clearly I've been working my ass off (pardon me) and literally have little time for myself.

And today I MADE TIME to enjoy WASTING TIME to DO NOTHING. I lazed around on this lazy Sunday. Am I happy? Not quite. I had a lot of concerns running at the back of my head. My students' essays. Teaching materials for next week's lessons. And funny...(or pathetic?)... I had the images of my weak students kept running in my head. 

Do you think I need help?


Al-kisah pada satu tengahari yang terik bermula lah perjalanan dua sahabat dengan dada yang sarat dengan harapan menggunung semoga tercapailah hajat yang terpendam selama ini. Bekalan perjalanan hanyalah seadanya. Mahupun persalinan sepanjang perjalanan.

Adapun dua sahabat ini memendam hajat selama bertahun bukanlah kerana ketiadaan upaya dalam bentuk ringgit mahupun tenaga. Sesungguhnya penangguhan yang bertahun itu adalah kerana tiadanya keupayaan masa. Masa bagi dua sahabat ini teramatlah berharga. Setiap minit diisi dengan mengabdikan diri kepada tuntutan tugasan dan tanggungjawab kepada anak generasi hadapan. Makanya dua sahabat yang baik budi ini sentiasalah menangguhkan hajat yang satu ini demi menegakkan kalimah "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" yang sentiasa dijunjung kemas oleh warga petugas kerajaan sekalian.

Arakian di bawah terik mentari Jumaat 20 Februari 2009 berangkatlah dua sahabat ini ke arah destinasi idaman. Tasik Kenyir bagaikan memangil-manggil..

Dipendekkan hikayat, maka sampailah mereka di Pengkalan Gawi. Suasana sangat sunyi dan keadaan sangatlah gelap kerana mereka tiba di sana hampir jam lapan malam di mana pada ketika itu pengusaha bot semua telah pulang untuk merehatkan diri setelah seharian bekerja. Maka terasa sedikit libang-libu lah perasaan sahabat berdua. Mujurlah muncul seorang anak muda yang baik budinya sudi menawarkan bakti menghantarkan sahabat berdua ke rumah penginapan yang ditempah mereka di satu pulau yang amat berdekatan. Syukurlah, anak muda itu tidak mengenakan tambang sehingga ratusan ringgit untuk perjalanan bot selama 1 minit 20 saat itu.

Maka dua sahabat mendaftar masuk. Sedikit kehairanan dengan ulah petugas di kaunter yang agak keras dan 'kayu'. Namun dua sahabat yang baik budi memaafkan saja gadis ayu itu, memikirkan mungkin saja dia tidak biasa bertutur dengan manusia memandangkan dirinya yang sentiasa terperangkap di pulau sunyi tersebut.

Dipendekkan lagi hikayat, maka bergembiralah dua sahabat pada keesokan harinya. Pagi yang indah itu diisi dengan berjalan-jalan sekeliling pulau dan memantau pulau-pulau sekeliling daripada menara tinjau yang dibina di atas bukit. Terpukau dua sahabat dengan kecantikan anugerah Tuhan. MasyaAllah..masyaAllah..

Arakian setelah bersarapan sangat ringkas di cafe, yang kosnya tidaklah hingga mencecah RM40, (maka bolehlah berbangga menandingi si Qi (Chi) dari Destinasi Bajet), dua sahabat pun berangkat ke destinasi pilihan. Taman Herba singgahan pertama. Bergembira ria lah dua sahabat bercanda di taman tersebut sambil mengenali pokok-pokok dan ulam-ulaman yang agak biasa kedengaran di telinga tapi sangat asing di mata. Sahabat hamba sangat teruja menemui pokok BALAU yang mempunyai makna yang dekat dihatinya. Seterusnya ke air terjun Saok yang sangat indah. Maka berkesempatanlah dua sahabat memijak batuan sungai yang pernah diinjak si Hang Tuah M.Nasir dan Gusti Putri Tiara Jacquelina di dalam Puteri Gunung Ledang (di Kenyir?).

Diringkaskan lagi hikayat, pada petang itu dua sahabat berbekalkan dua batang joran di tangan, bertatih-tatih menuruni bukit di tepi tasik dengan hajat untuk mendapatkan habuan makan malam. Hampir saja ditepi tasik maka hujan pun turun dengan lebatnya. Maka berlari-lari anak dua sahabat pulang ke bilik penginapan dengan doa semoga hujan segera berhenti. Setelah menunggu hujan reda sambil mengisi perut di serambi maka turunlah lagi dua sahabat untuk cubaan kedua. Hikayatnya, hampir saja di tasik maka hujan pun turun sekali lagi, membuatkan sahabat hamba berdoa dengan kuatnya agar hujan segera berlalu. Mungkin kerana hatinya yang bersih, doanya diperkenankan. Hujan pun maka reda. Namun, dugaan Tuhan itu sentiasa bersama orang yang beriman. Sahabat berdua diuji sekali lagi. Kali ini dengan kehadiran sang khinzir yang kelaparan. Tiadalah diapa-apakan dua sahabat, hanya berlalu begitu saja. Sekali lagi syukur dipanjatkan.

Diringkaskan lagi, malam itu dua sahabat tidur dengan senyuman. Pangalaman seharian cukup berbaloi ditunggu selama bertahun.

Keesokan harinya bergeraklah pulang dua sahabat meninggalkan Kenyir yang entah bila akan berkesempatan dikunjung lagi. Banyak pengalaman baru yang hamba timba..daripada pengalaman memandu di jalan yang asing, mengenali tumbuhan hutan, memandu bot penumpang, membaiki joran yang rosak, sehinggalah pengalaman berhadapan sang khinzir hutan. Terima kasih Kenyir.

Terima kasih juga kepada sahabat hamba, Rapidah atas kesudian berpergian bersama. Juga kos perjalanan yang dikongsi bersama. Of all the things I appreciate from this journey (usah terperanjat, Christopher Columbus yang mengajar hamba bahasa asing ini), what I appreciate the most is the time shared with a TRUE FRIEND.

Of course, above all, TERIMA KASIH ALLAH. Alhamdulillah.


Goggle-eyed, jaw-dropped, blinking at the mirror, I gasped for the air. Ohmygod..this couldn't be me!

This is the price to pay being a teacher, I told myself.

What else could be the cause? It began with a cross-country (before that there was 2 days of latihan merentas desa), closely followed by latihan sukantara, then sukantara then saringan then SPORTS DAY!

(not to mention..tennis practice!)

And now, frozen in front of the mirror, is me - trying to digest the fact that I've (uhhh!!) turned horribly DARK!

Yup, sun-burnt.

Should have sued that pharmaceutical company. I've unbreakably trust their sunblock and sunscreen products but this is all i got?

Yet..
it worth damaging skin for the fun I got jumping and bouncing and cheering and screaming at the field

Yup yup yup.. it pays being a teacher!


What's the definition of home? I would define HOME as the place we live, we grow, learn new things, pick up new tricks, fight, make peace (and fight again). So by that definition I should be saying that this place is my HOME. This place has taught me a lot of things..painful and sweet. This place has witnessed my tears and of course thousands of laughter! This place has seen me arguing, screaming, shouting, sulking. Yet, I grow. In this HOME's unique way of teachings.

Oh yes, more than 6 years being HOME, I did change from the "naive little me" to "I-dont-care-if-you-hate-me-coz-I-could-hate-you-more me". Hehe.. I remember my colleague Zulkizan had once said, "ko dulu masa mula2 jadi cikgu bukan main soft lagi. Sekarang dah macam singa"
Hehe..that's Zulkizan. One of the friends that (he might not realize this) always helps make my days with those silly, (always) sadistic jokes he cracks.

Anyway, I'm so blessed to be HOME..where i found the meaning of LIFE.